menghitung hari untuk mati
Berapa banyak orang sakit kronis yang menghitung hari untuk mati.
Berapa banyak isteri-istri yang dibelenggu nestapa diceraikan suaminya begitu saja.
Betapa ada suami yang kesedihan kerana cintanya dikhianati.
Betapa ada ibu dan bapak yang menahan rindu di rumah orang tua kerana tiada siapa yang menjenguknya.
Semua itu cerita sedih yang telah, sedang dan akan terus berlaku dalam kehendak Allah. Inilah dunia...yang sentiasa ada kekeruhan dan kepedihan. Cerita kesakitan, kepedihan, perpisahan dan kematian yang pasti berlaku pada setiap diri manusia.
Kenapa semua ini berlaku? Yaa karna Tuhan ingin menguji kita dngan setiap hempasan kesakitan pada setiap individu(manusia). Kita ini milikNya. Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi semua kesedihan,kepedihan, kematian dan kehilangan itu ialah didikan Tuhan agar hati kita dekat padaNya.
Kita semua adalah milik Allah belaka , Segalanya telah diatur dan dirancang buat kita semua.. Sentiasalah ingat pada kematian , Kerana kita semua pasti akan mati. Tidak ada yang tau kematian it datang menghampiri, Di mana kita mati dan bagaimana kita mati , Melainkan hanya Allah lah yang Maha Mengetahui. Segalanya termaktub dalam Rahsianya . dialah yang maha mengatur segala sesuatu untuk melihat hambanya sejauh mana ia berusaha.
Saudaraku ingatlah pesan indah ini
"Lebih baik kita kehilangan sesuatu kerana Allah , Daripada kehilangan Allah kerana sesuatu."
Ingatlah mati itu sudah jelas.
Jangan terlalu banyak angan hingga kau lupa kematian.
Allah SWT berfirman:
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوْقِيْنَ ۙ
nahnu qoddarnaa bainakumul-mauta wa maa nahnu bimasbuuqiin
"Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah,"
(QS. Al-Waqi'ah 56: Ayat 60)
Comments
Post a Comment